Seksyen A Pengetahuan AM | Penolong Penguasa Bomba KB29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah 

A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. 

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan 

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D

>