Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29

Adakah anda sedang mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29? Jika jawapan anda ya, teruskan membaca. Peperiksaan yang bakal dijalankan nanti bakal diduduki oleh calon-calon yang terpilih dan berkelayakkan.

Untuk pengetahuan anda, Peperiksaan Online PPB KB29 terbahagi kepada 3 seksyen iaitu:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Seperti mana-mana peperiksaan, persediaan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah soalan contoh Peperiksaan Online PSEE Penolong Penguasa Bomba KB29 (PPB KB29)

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah 

A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. 

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan 

  • A I dan III
  • B II dan IV
  • C I, II dan III
  • D II, III dan IV

Jawapan: D


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba

1. Urutan yang terakhir ialah rajah

Jawapan: C

2. Apakah nilai paling sesuai bagi A?

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

Jawapan: B

Teknik menjawab:

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa
data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 160 + 400
= 560
Pelancong tempatan     = 2/3 x 600
= 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

 

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.

ilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

A. 30
B. 60
C. 80
D. 140

Jawapan: C

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual                                 = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 07/08                     = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10                     = 290 – 150
= 140 buah

Oleh yg demikian,
3:4                  = 140 buah
1 buah           = 140/7 = 20
dan 4 buah  = 4x 20 = 80 buahOleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2

Jawapan: A

Teknik menjawab:

Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
= 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
= 10 + 5
= 15 mLuas petak B = 15 * 7 = 105 m210

2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

A. RM100
B. RM120
C. RM160
D. RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:10% daripada jumlah gaji  = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100              = RM1,000
20% kenaikan gaji                                = 20/100 x RM1,000
= RM200
= RM200 + RM1,000
= RM1,200Bil kad kredit baru              = 10% x RM1,200
= RM120


SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Bagi Seksyen C - Bahasa Inggeris, mengikut pengalaman kami pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul. Apa yang menjadi persoalan adalah, “Apakah jenis-jenis soalan yang boleh ditanya?”. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang.

Bilangan soalan ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan yang diberikan. Oleh itu, ia memerlukan anda membaca petikan dan fahami apa yang disampaikan dalam petikan tersebut.

Ambil sedikit masa untuk membaca soalan-soalan pada petikan yang diberikan sambil lalu. Kemudian, anda bolehlah membaca keseluruhan petikan dan mula menjawab soalan yang disediakan.

Dalam pecahan kedua, ia boleh menguji anda tentang tatabahasa iaitu
penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Persediaan anda disini adalah dengan
mengingati kembali sedikit sebanyak pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba

Kimchi, the reddish fermented cabbage is served at every meal. It has kept obesity at bay in Korea as it is high in fibre and low in fat. It is also loaded with vitamins A, B, and C but its biggest benefit may be in its "healthy bacteria" called lactobacilli, found in fermented foods like kimchi and yogurt. These good bacteria help with digestion. Some studies show fermented cabbage has compounds that may prevent the growth of cancer.

1. From the statement above, we can conclude that kimchi
A. disrupts digestion.
B. produces bacteria.
C. promotes weight-loss.
D. enhances growth of cancer.

Answer: C

Hanoi to ban motorbikes by 2030 to curb pollution, traffic

 The decision to ban motorbikes by 2030 was approved by 95 out of 96 city councillors at a meeting on Tuesday. Officials said the number of vehicles was growing at an alarming rate, according to a report on the city government's website. "Traffic jams and air pollution will become serious in the future if no immediate management measures are in place," the report said. The ban will be implemented in metropolitan districts and public transport options would be increased to wean people off their scooters, the report added.

From the text above we know that

A. motorbikes will be banned all over the country in 2030.
B. more people are using motorbikes due to traffic jams.
C. the majority of city councillors decided to grant the ban.
D. the level of air pollution in Hanoi is out of control.

Answer: C

The girl was running quickly ____________ the bus station.
A. against
B. towards
C. behind
D. forward

The plane arrived _________ Kuala Lumpur on time.
A. at
B. in
C. to
D. on

>